Bengkel Penggubalan Soalan Sains & Matematik


Bengkel Penggubalan Soalan Sains dan Matematik UPSR

Bina soalan

Pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan amat perlu dalam membantu guru-guru membina ujian dan seterusnya membuat penaksiran ujian yang berkualiti. Tugasan ini terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu pembinaan jadual penentuan ujian (JPU), pembinaan item objektif, dan pembinaan soalan esei. Kesemua bahagian adalah berpandukan kepada sukatan pelajaran matapelajaran.

Sehubugan dengan itu PKG Kuala Selangor telah menganjurkan Bengkel Membina Soalan UPSR bagi matapelajaran Sain dan Matematik untuk guru-guru berkenaan. Bengkel diadakan pada 29 – 30 Mac 2009. Seramai 40 orang guru terbabit dalam bengkel berkenaan. PKG telah menjemput empat orang fasilitator bagi mengendalikan bengkel tersebuat iaitu Pn Siti Noor Haslinda Bt Mohd Sani dari SK Bukit Belimbing, Pn Magdalena Binti Mohd Amir dari SK Bandar Baru Kuala Selangor, En Samsudin Bin Sahadan dari SK Parit Empat dan En  Mazlan Bin Mokhsin dari SK Jalan Raja Musa, 45000 Kuala Selangor.